--------------------------------
Saturday, 5 September 2015
Format history taking.
--------------------------------
Thursday, 18 June 2015
Labour duty.
Labour duty. Walaupun hanya baru beberapa hari menjalankan tugas di labour room, sudah banyak memberi exposure kepada kerja-kerja dalam wad.
Ambil darah memang telah jadi satu kebiasaan di labour room. Pasang IV line setakat ini masih belum buat. Selalunya nurse atau student nurse yang buat. Boleh sahaja kita medik student nak buat, tapi kat India ni kerja² memasang IV lines dan letak saline merupakan kerja nurse. Di labour room inilah pertama kali aku mengambil darah orang. Seronok juga dapat cucuk orang ni, lagi-lagi bila sekali cuba da berjaya. Penggalaman satu kali cucuk orang ni penting untuk memberi kenyakinan kepada diri sendiri.
Wednesday, 22 April 2015
Bagaimana nak bercakap Hindi? Sini ada 7 cara. (Bagi pelajar USM-KLE)
Apa yang ditulis di sini adalah berdasarkan penggalaman saya sahaja. Lain orang lain pandangan dan penggalamannya. Saya belajar bahasa asing di bumi India ini tidaklah begitu menyungguh. Belajar hanyalah sekadar mengisi masa lapang dan tuntutan kerja sebagai pelajar perubatan. Tak belajar bahasa tempatan maka tak bolehlah bertutur dengan pesakit. Tak bertutur dengan pesakit maka tak belajarlah ilmu perubatan. Berikut adalah sedikit kaedah yang saya lakukan untuk belajar bahasa tempatan di Belgaum, India.Bagi saya, ini merupakan satu langkah penting jika menetap di tempat asing untuk satu tempoh yang lama. Di sini di Belagavi, orang tempatan menggunakan 3 jenis tulisan. Tulisan kannada, hindi dan rumi. Sebagai pelajar USMKLE, kami hanyalah menggunakan tulisan rumi dan bahasa Inggeris sewaktu belajar ilmu perubatan. Walaubagaimanapun, orang tempatan menggunakan tulisan tradisi mereka dalam urusan-urusan harian mereka. Sebagai contoh, membaca akhbar dan menulis papan tanda penanda arah jalan. Saya ada juga belajar membaca tulisan mereka ini secara sendirian menggunakan video YouTube dan sebagainya. Hasilnya sangat menguntungkan. Apabila saya berjalan ke sana dan ke sini sekitar kota Belagavi, saya tidaklah berasa begitu terasing kerana sudah pun mampu membaca papan tanda yang ada sekitar jalanan. Tambahan pula, saya juga mampu menambah kosa kata bahasa Hindi dan Kannada melalui pembacaan ini.
Setelah diri ini mampu membaca tulisan tempatan, saya tanpa melengahkan masa terus belajar bagaimana orang tempatan menyusun kata dalam bahasa mereka. Tika ini, cara saya membaca tulisan tempatan masih merangkak-rangkak. Namun, penguasaan tatabahasa ini teramatlah penting bagi memahami dialog perbualan seharian penduduk tempatan. Lama jugalah saya mengambil masa mendalami tatabahasa mereka. Mungkin lebih 3 bulan juga. Hasilnya, saya sekarang berjaya mengenal pasti jenis-jenis kata yang digunakan dalam dialog seperti kata nama tempat, kata ganti diri dan sebagainya. Saya juga berjaya mengenalpasti jenis-jenis imbuhan yang digabungkan kepada kata kerja dalam bahasa Hindi dan Kannada. Ini membuatkan pembelajaran bahasa asing ini lebih mudah difahami.
Yang ini saya jarang buat disebabkan movie-movie Kannada kebanyakan bosan untuk ditonton. Movie Hindi sahajalah kita tonton, itu pun tak banyak. Belajar melalui movies dan lagu ini penting untuk kita mengetahui bagaimana mereka orang India menyebut sesuatu perkataan. Macam bahasa Inggeris lah, lain dieja lain pula disebut. Untungnya dalam bahasa Kannada dan Hindi ini perbezaan antara tulisan dan cara sebutan sesuatu kata tak jauh bezanya. Tulisan mereka menggunakan sistem phonetik. Sesuatu kata akan dieja sebagaimana kata itu disebut. Justeru, setiap kali menonton cerita Hindi saya senang sahaja merangkap maksud keseluruhan ayat apabila sudah tahu maksud setiap kata dalam ayat yang dipertuturkan dalam cerita tersebut. Lagi satu, bahasa percakapan mereka juga selari dengan bahasa penulisan mereka. Ini menjadikan pembelajaran bahasa Hindi lebih mudah. Ini tidak sama seperti bahasa Melayu kita di mana bahasa penulisan dan bahasa percakapan yang sememangnya sudah tidak selari. Tonton sahajalah filem-filem melayu kita, adakah dialog yang digunakan dalam filem-filem tersebut bersifat gramatis?
Apabila saya sudah mampu membaca tulisan tempatan, saya mula mencari bahan-bahan bacaan dan artikel kesihatan yang saya mampu dapati di internet. Bagi melancarkan proses transliterasi, saya juga menggunakan google translator. Google translater memudahkan saya menukarkan tulisan Kannada dan Hindi kepada tulisan rumi. Perkataan-perkataan yang diperolehi daripada artikel dan bahan bacaan ini saya catatkan ke dalam buku teks perubatan seperti buku klinikal medicine dan sebagainya. Catatan dibuat berkali-kali dan diteruskan walaupun perkataan tersebut sudah sebati dalam ingatan.
Cara ini ada saya lakukan sewaktu di tahun kedua dan ketiga perubatan. Tahun kedua dan ketiga ini merupakan tahun pre-klinikal. Tahun yang tidak sesibuk tahun empat dan tahun lima perubatan. Di kesempatan inilah saya meminta tolong seorang penduduk tempatan untuk mengajar saya bahasa Hindi dan Kannada. Walaubagaimanapun, ia tidaklah begitu efektif disebabkan pengajar tersebut tidak mempunyai penguasaan bahasa inggeris yang bagus. Namun, saya bersyukur mempunyai seseorang yang sudi mengajar tanpa sebarang balasan. Waktu yang diluangkan tidaklah lama namun saya mampu mengetahui sedikit sebanyak perkataan harian yang lazim dipertuturkan oleh masyarakat tempatan di sini. Di samping itu, saya juga dapat belajar perkataan-perkataan dialek yang tidak digunakan dalam bahasa penulisan dan artikel-artikel perubatan namun digunakan oleh kebanyakan orang di sini.
Saya belajar bahasa Kannada dan Hindi ini keseorangan. Sewaktu saya belajar bahasa-bahasa tempatan ini daripada asas, ramai rakan sekuliah hairan mengapa saya begitu beria-ria belajar bahasa tempatan. Tiada pun antara mereka yang ingin sama-sama belajar bahasa tempatan ini. Saya berfikir, alangkah bagus kalau saya mempunyai seorang teman belajar yang mempunyai semangat dan minat yang sama. Teman belajar penting untuk membantu kita maju dalam pembelajaran. Umpama main badminton, kita memerlukan sparring partner untuk melatih kita supaya lebih mahir bermain badminton. Kita tak boleh main badminton sorang-sorang. Begitu juga dalam hal belajar bahasa ini. Seelok-eloknya patut ada seorang teman yang membantu kita belajar.
Sunday, 22 February 2015
Kekal bermotivasi untuk menulis?
Keinginan untuk menulis itu sentiasa. Keinginan ini ibaratkan api yang menyala, kadang-kadang api ini menjadi bara. Bara-bara api yang tidak mampu menerangi kegelapan malam dengan baik. Kadang-kadang api ini membakar dengan kuat sehinggakan cahaya api ini sampai ke langit dan jelas dilihat. Keinginan dan motivasi untuk menulis camni la. Ada kalanya hanya pada tahap bara api sahaja, nak menulis sebaris ayat pun malas. Namun, bila pada tahap membakar ke langit, macam-macam idea datang dan sampai sakit jari menulis.
Entri kali ini tidak mempunyai fokus topik yang jelas. Saya menulis hanyalah berdasarkan apa yang datang ke kotak pemikiran sahaja. Saya juga menulis dengan harapan supaya menulis ini dapat dijadikan sebagai habit harian. Walaubagaimanapun, saya akan cuba fokuskan kepada motivasi saya dalam menulis. Apakah masalah-masalah dan kekangan yang membuatkan saya sukar untuk terus menulis dan apakah pula harapan dan cita-cita yang ingin saya kecapi melalui menulis ini.
Pada mulanya, saya ingin menjadi seorang penulis bebas. Bebas menulis apa-apa yang terfikir di hati dan akal. Semakin saya menulis, semakin kecil pula skop penulisan saya. Hal ini disebabkan diri ini merupakan seorang pelajar perubatan. Dah nama pelajar perubatan, pagi siang dan malam memang asyik berfikir pasal hal-hal yang berkaitan isu perubatan sahaja. Untuk belajar subjek luar daripada bidang perubatan adalah terhad pada masa dan satu-satunya subjek yang tiada kaitan saya sedang belajar dengan diri sendiri ialah bahasa Hindi. Memang kalau boleh diri ni mahu menjadi seorang yang multilingual. Namun, sekarang sudah tahun ke-empat pengajian. Tak lama lagi dah nak balik malaysia. Hati ni khuatir kalau bahasa ini tidak dapat dikuasai dengan mahir. Paling kurang pun pada tahap intermediate.
Banyak sungguh kerisauan di minda dan hati. Berbalik kepada penulisan pula, kerisauan di minda dan hati juga ada. Apabila mahu menulis artikel-artikel yang berkaitan perubatan ini, banyak masalah dan kekangan yang timbul. Sebagai contoh, saya dapati diri saya tidak mahir menulis Bahasa Melayu baku dengan baik. Kadang-kala saya akan menggunakan perkataan bahasa setempat dan perkataan daripada bahasa Inggeris. Disebabkan saya menuntut di India, banyak istilah-istilah perubatan dalam bahasa Melayu saya tidak tahu. Orang di Malaysia guna perkataan apa ya? Getus hati saya. Tambahan pula saya seorang Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu baku. Ore kecek kelate jah la pandai.
Dalam membuat terjemahan bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, saya selalu dalam keadaan dilema. Nak eja berdasarkan sebutan atau nak kekalkan ejaan Inggeris tersebut? Kadang-kadang saya eja berdasarkan sebutan Inggeris, namun bila membaca artikel perubatan bahasa Melayu di Internet lain pula diejanya.
Ada juga kerisauan yang lain seperti penggunaan tatabahasa Melayu dan sebagainya. Kekangan yang lain ialah masa. Nak menulis satu entri mengambil masa sekurang-kurangnya 15-30 minit. Ini kalau entri yang isinya memang sudah dirangka dalam benak fikiran. Kalau yang baru nak ditulis tu, memang banyak masa la yang nak diambil.
Akhirnya, saya berpendapat adalah lebih baik saya main tulis sahaja berdasarkan gaya percakapan harian saya sahaja. Biarlah nanti ada orang memerli mengatakan pelajar tajaan luar negara tak pandai menulis Bahasa, kata itu dan ini. Saya tak akan kisah. Asalkan saya kekal menulis cukup lah.
Saya ada hajat tersendiri kenapa saya ingin menulis. Pertama saya ingin menguji penguasaan ilmu sains perubatan yang ada pada diri. Saya mahu menulis artikel-artikel perubatan bagaikan air terjun mengalir. Tiada sangkut-sangkut sewaktu menulis atau menaip. Tak mahu la sangkut-sangkut menulis kerana tak tahu nak susun ayat, tak tahu perkataan yang sesuai dan sebagainya. Salah satu tak nak bagi sangkut menulis ni adalah kena mahir betul-betul topik yang hendak ditulis. Lagipun, buat apa kita seorang sahaja yang mahir ilmu perubatan dan tidak dikongsikan kepada orang lain. Hajat saya yang lain ialah saya mahu menghasilkan karya-karya perubatan di dalam Bahasa Melayu. Saya ingin menulis dalam bahasa Melayu bukan kerana saya seorang Melayu tetapi bahasa ini merupakan bahasa rasmi Malaysia. Bahasa penyatu bangsa Malaysia. Kalau saya nilai diri saya berdasarkan latarbelakang etnik dan kaum, memang saya akan tulis menggunakan bahasa yang saya guna sewaktu saya di rumah. Sene, dop payah pening-pening nok mikir tatabahaso semo. Namun, saya hendak juga melihat karya-karya perubatan di dalam Bahasa Melayu.
Di India, doktor mereka ada yang menulis dan menghasilkan buku. Bukan seorang dua, tetapi ramai. Berlainan dengan Malaysia, tak banyak buku yang mencapai selera bacaan saya apabila saya masuk ke kedai buku.
Harap-harap saya akan tulis menulis lagi. Saya juga berkeinginan menulis paling kurang pun sebuah buku sepanjang kehidupan saya ini.
Friday, 23 January 2015
Oftalmoloji
Minggu ni minggu bermulanya posting ophthalmology. Bidang oftalmoloji ni merupakan satu cabang ilmu perubatan yang lebih menumpukan kepada bahagian mata dan struktur-struktur yang berada di sekitarnya. Posting ni tak lama, kejap je. 3 minggu sahaja. Dalam 3 minggu ni pula kami dijangka dapat menguasai ilmu-ilmu oftalmoloji asas yang membolehkan kami menjalankan tugas sebagai pegawai houseman sebaik sahaja tamat pengajian ijazah sarjana perubatan nanti.
Entri ini lebih kepada pengenalan sahaja. Memandangkan minggu ini minggu pertama posting oftalmoloji, tak banyak perkara dan cerita yang boleh dikongsi dekat entri ini. Niat hati nak bercerita tetapi tiada cerita lagi yang boleh dikongsikan. Penggalaman masih putik. Ilmu pun cetek. Kita kenal-kenal je la dengan oftalmoloji ni dulu. Nanti ada cerita kita cerita.
Jadi, kita sudah tahu oftalmoloji merupakan satu cabang perubatan yang khusus kepada bahagian mata dan struktur yang berda di sekitarnya. Perkataan oftalmoloji berasal daripada perkataan Greek, oftalmos yang bermaksud mata dan loji pula bermaksud pengajian. Gabung dua kata Greek ni kita akan dapat oftalmoloji. Oftalmoloji membawa maksud pengajian tentang mata atau lebih tepat lagi sains tentang mata.
Seterusnya, pengajian ilmu oftalmoloji ni mempunyai struktur atau silibusnya. Mula-mula kita akan belajar applied anatomi dan fisioloji mata secara umum. Selepas itu, kita akan belajar berdasarkan bahagian-bahagian tertentu yang ada pada mata. Sklera, konjanktaiva, lens dan sebagainya. Setiap bahagian mata ini akan mempunyai penyakitnya tersendiri seperti katarakt penyakit lens, konjanktaivaitis penyakit konjanktaiva dan sebagainya.
Setakat ini, kami sudah pun belajar tentang anatami asas mata, penyakit katarakt dan glaukoma. Teori di kelas sahaja. Penggalaman klinikal masih tak cukup. Namun, saya yakin kalau rajin penggalaman klinikal dan penguasaan bidang oftalmoloji ni tak akan menjadi masaalah di India ni.
Dalam kemahiran klinikal, kita mempunyai cara atau proforma untuk menghadapi pesakit yang datang dengan masalah mata. Pertamanya, pengambilan sejarah penyakit pesakit. Kedua, kita buat ujian penglihatan. Seterusnya, ujian yang lebih spesifik kepada struktur-struktur mata seperti direct ophthalmoscope, slit lamp dan sebagainya. Kalau ada masa, saya akan terangkan dengan lebih lanjut pasal performa pengambilan sejarah penyakit dalam oftalmoloji ini.
Akhir sekali, saya mahu kongsikan bagaimana kami pelajar perubatan akan dinilai tahap penguasaan ilmu kami. Memandangkan tempoh pengajian oftalmoloji ini pendek sahaja, maka kami akan dinilaikan berdasarkan penguasaan ilmu-ilmu asas oftalmoloji sahajalah kut. Saya harap begitu. Di akhir pengajian oftalmoloji ini, kami perlu menjawab soalan mcq dan beberapa on spot clinical examination. On spot clinical examination (OSCE) ni rasanya tak akan melibatkan pesakit, kalau libatkan pesakit juga tak akan menjadi satu masalah yang besar. Kalau tak silap, kami akan diarahkan untuk mendemonstrasikan langkah-langkah untuk membuat ujian fizikal ke atas pesakit seperti menggunakan direct ophthalmoscope atau menerangkan findings yang terdapat pada gambar fundus examination. Itu sahajalah kut. Nanti kalau ada salah, saya akan baiki atau updatekan sahaja di entri yang baru.
Tuesday, 20 January 2015
Jangkitan kuman pada tulang.
Peperiksaan klinikal orthopedics selamat dijalani pada minggu lepas. Dengan berakhirnya peperiksaan ini maka berakhirlah posting orthopedics. Orthopedics merupakan salah satu posting yang sangat menarik bagi saya kerana perwatakan yang dimiliki oleh tenaga pengajar di sini. Entri kali ini, saya ingin berkongsi kisah penyakit yang dialami oleh pesakit saya waktu peperiksaan klinikal ini. (Untuk melindungi data peribadi pesakit, saya akan mengolah sedikit info sebenar tapi tidak akan mengubah fakta sains berkenaan penyakit yang dialami oleh pesakit)
Pesakit merupakan seorang remaja lelaki. Masih bersekolah. Umur dalam 14 tahun camtu.
Dia datang ke hospital dengan chief complain sakit di right upper arm. Sakit ni tak datang dengan tiba-tiba. Takda sejarah trauma pun. Takda jatuh, takda eksiden, takda patah tulang. Sakit ni datang slow-slow. Mula-mula sikit je sakitnya tapi sekarang sakit ni dah jadi teruk sampai dia tak mampu nak gerakkan lengan kanannya.
Cara saya nak approach patient ni cam biasalah, tanya sejarah sakit dia. Tanya bila start sakit, waktu bila sakit tu selalu ada dan sebagainya. Da tanya semua kita examine pula. Tengok skin dia kat bahagian sakit tu. Suruh dia gerakkan bahu, tengok bahu mobility dia.
Masa peperiksaan klinikal, patient da kena operate. Tapi masa awal-awal patient kena admit masuk hospital ni patient tak dapat gerak bahunya. Gerakan kat bahu ada beberapa jenis. Patient tak dapat gerak semuanya.
Masa tanya sejarah sakit ni, patient ada bagi tahu yang dia ada demam sekali. 2 tahun dengan 5 tahun lepas dia kena typhoid fever. Beberapa minggu sebelum dia sakit kat lengan tangan tu dia ada juga kena dengue fever. Demam yang dia ada waktu sakit tangan ni mungkin ada kaitan dengan demam yang dia ada sebelum ni dan mungkin juga disebabkan demam yang tiada kaitan langsung. Demam umumnya merupakan tanda terdapat sesuatu jangkitan pada badan.
Jangkitan dekat lengan dia ni, jangkitan yang baru ke atau yang da lama? Besar kemungkinan jangkitan lama yang sudah ada pada badan.
Apa-apa pun, sakit di lengannya perlu perhatian perubatan dan rawatan segera. Kalau tidak, keadaan mungkin menjadi lebih teruk.
Habis tanya pasal sejarah sakit dan buat pemeriksaan fizikal semua ke atas patient. Sekarang kena pula presents kat examiner kes patient ni. Present la dari awal. Siapa pesakit ni, apa masalah dia, awal-awal sakit ni camne dan sebagainya. Habis present examiner tanya, 'what is your diagnosis for this patient?'
Secara klinikal, saya jawab la osteomyelitis (jangkitan pada tulang), dan septic arthritis. Soft tissue infection tak boleh bagi sebab takde pula luka atau merah-merah kat kulit tu. Tumour tulang tak boleh bagi juga sebab ada demam.
Soalan lanjutnya examiner tanya bagaimana nak confirm diagnosis tu. Maksudnya, investigations apa nak dibuat. Saya jawab je yang basic cam blood profile, esr etc. Pastu jawab nak buat x-ray bahagian kat sakit tu. Examiner pun bagi la gambar x-ray, suruh terangkan findings. Tak susah pun. Jelas nampak satu bulatan kat tulang humerus tu. Bulatan ni tak sepatutnya ada kat situ. Soal-jawab soal-jawab akhirnya pun habis.
Penyakit jangkitan tulang ni boleh membawa komplikasi yang lebih teruk kalau tidak dirawat. Komplikasi boleh dibahagikan kepada komplikasi lokal dan komplikasi sistemik atau berdasarkan jangka masa, komplikasi awal dan komplikasi lambat. Antara komplikasi-komplikasi yang boleh berlaku adalah patah tulang, lengan kiri dengan lengan kanan tak sama panjang, kecacatan rupa lengan, dan sepsis.
Friday, 16 January 2015
Hilang jari kaki kerana terpijak batu kecil.
Pesakit merupakan seorang lelaki tua. Umur da lebih 60 tahun. Di wajahnya jelas kelihatan urat-urat penggalaman hidupnya. Dia datang ke hospital kerana ibu jarinya bertukar warna ke warna hitam dan makin kehilangan fungsi. Sakit juga pada kaki katanya, menyebabkan dia sukar untuk berjalan. Sebab itulah dia datang ke hospital ni.
Kami pun bertanyalah kepada pakcik tu bagaimana keadaan ini boleh terjadi. Katanya, ibu jari kakinya dulu pernah luka. Setahun yang lepas, dia ada bekerja di sawah padi. Dia seorang petani. Waktu itu, tak tahulah bagaimana silapnya tapi dia ada terpijak batu kecil di sawah sambil-sambil bekerja. Akibatnya, dia dapati ada sedikit luka di jari kakinya. Tak besar sangat pun luka tu, kecil sangat. Dia pun biarkan je lah. Harapnya, luka tu akan sembuh sendiri.
Walaubagaimanapun, luka itu tidak juga sembuh-sembuh. Makin hari makin bertambah saiz luka tu. Saiz luka membesar sangat perlahan. Takda lah cepat sangat. Kalau tidak, memang awal-awal da pakcik ni pergi klinik atau hospital jumpa doktor. Lama kelamaan luka makin besar dan membimbangkan. Anehnya, pakcik ini tidak pula mengatakan luka ini memberikan kesakitan yang melampau kepadanya. Dia pun senang sahaja mencuci lukanya ini. Cumanya, luka ni tak juga sembuh-sembuh.
Sampai satu tahap, ibu jari kakinya mula berubah warna. Kehitaman. Pakcik ni apa lagi, kebimbangannya menjadi telah pun menjadi kenyataan. Saat ini, dia terus pergi ke hospital untuk jumpa doktor.
Nasib tidak menyebelahinya, doktor mendapati ibu jari kakinya gangrene. Sudah mati. Sudah tiada fungsi. Akhirnya, pihak hospital terpaksa mengambil keputusan untuk amputate bahagian tersebut. Jika tidak, bahagian jari kaki ni akan menjadi bahan makanan bakteria yang mana akan menyebabkan lebih banyak komplikasi kepada badan pesakit.
Pada masa yang sama, waktu inilah pak cik tersebut baru mengetahui dirinya mempunyai penyakit kencing manis. Sebelum ini, tidak pernah sekali pun dia pergi check status dan tahap kandungan gula dalam darahnya. Tak pernah.
Kebanyakan orang tidak akan menguji kandungan gula dalam darahnya sehinggalah sesuatu masalah kesihatan berlaku padanya. Kencing manis itu sendiri merupakan satu penyakit yang kadang-kala tidak mempunyai simptom-simptom yang jelas. Tiada demam, tiada batuk, tiada gejala yang memaksa pesakit untuk berjumpa doktor. Akibatnya, ramai antara kita mungkin ada penyakit kencing manis secara senyap-senyap.
Nasib pak cik ini makin bertambah malang apabila luka pembedahan dia tidak sembuh-sembuh dan dijangkiti bakteria lagi. Pendek cerita, kakinya yang dulu hanya dipotong satu jari terpaksa dipotong dua lagi jari bersebelahan ibu jari yang dipotong buang dahulu.
Hanya kerana tersepak batu kecil di sawah, pak cik ni terpaksa dipotong tiga jari kakinya. Orang yang sihat kalau luka kecil tersepak batu-batu kecil akan terus sembuh dalam masa 1-2 hari. Pesakit kencing manis lain pula jadinya.
Pengajaran di sini, kita kalau ada kelapangan masa rajin-rajinkan diri pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan walaupun diri tidak mempunyai sebarang simptom-simptom sesuatu penyakit. Lebih-lebih lagi kalau sudah berumur lebih 35 tahun. Banyak lagi penyakit senyap yang dialami oleh mereka yang berusia tanpa sebarang petanda yang jelas.
Saturday, 10 January 2015
Jadi doktor?
Sunday, 30 November 2014
Duodenal fistula
Mulanya, aku memang sudah beberapa kali ternampak pak cik tua ni dalam wad surgery, tapi aku tak mempunyai keinginan yang kuat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sakit apa yang pak cik ni hadapi. Sampailah satu peringkat di mana giliran aku untuk membuat kes presentation kepada lecturer. Barulah aku mendekati pak cik tua ni.
Satu sebab kenapa aku tak ingin mengambil tahu tentang pesakit ini kerana umurnya yang sudah tua. Orang tua ni bagiku secara peribadi sukar sikit nak layan. Kedua, pak cik ni ada nasogastric tube. Nampak cam teruk sahaja penyakitnya. Kalau penyakit yang teruk-teruk ni aku kurang minat nak ambil tahu dengan lanjut. Lagipun, aku baru sahaja memulakan surgery posting. Banyak ilmu tak tahu. Yang complicated kita kalau boleh tunggu sahaja nanti bila da pandai sikit baru kita approach. Kalau tak sakit kepala.
Namun, akhirnya aku ambil juga kes pak cik ni. Tak tahu kenapa, mungkin aku ni jenis yang gatal nak belajar benda yang susah-susah.
Sejarah ringkas pesakit ni. Dia sebelum ni ada perforated ulcer 2 tahun lepas, surgery dilakukan untuk ulcer ni. Beberapa bulan kemudian, dia developed pula incisional hernia. Lagi sekali dia kena pergi surgery. Sekarang dia datang lagi dengan duodenal fistula.
Sejarah panjang tak dapat aku elicit kerana masalah bahasa. Ada tanya, tapi cam biasa la....tanya boleh tapi bila pesakit jawab balik aku tak faham. Susah belajar di negara asing ni. Walaubagaimanapun, dapat belajar signs dan symptoms dah boleh dikatakan baik daripada tak dapat belajar langsung.
Duodenal fistula ni memang tak diajar details dalam tutors, kena belajar sendiri. Tentang general fistula ada la. Waktu clerk case ni, aku pun tak tahu banyak tentang duodenal fistula. Banyak belajar pasal duodenal fistula ni daripada pesakit ni sahajalah. Baca medical records dia. Tengok investigations yang dah dibuat dan nama-nama ubat yang diberikan. Masuk clinical years memang camni la cara belajar. Buku teks digunakan sebagai rujukan dan bukannya dibaca macam novel.
Berdasarakan buku teks surgery manipal, duodenal fistula perlu dirawat secara conservative atau secara surgery berdasarkan keadaan pesakit. Dalam kes pesakit ini, pesakit belum melakukan sebarang surgery. Mungkin tidak akan dilakukan jika fistula ni sembuh sendiri. Semoga pesakit ni semakin sembuh dan sihat kembali. Kita harap tak perlulah dia jalani apa-apa pembedahan lagi selepas ni.
Tuesday, 28 October 2014
Congenital hydrocele
Aku tanya la bapak dia, 'Usko problem kyaa hai?'
'Hernia'. Jawab bapaknya.
Inguinal hernia? Fikirku. Inguinal hernia yang macam mana boleh berlaku kat budak ni. Kalau congenital hernia kenapa lambat datang OPD. Dah umur 10 tahun kut. Tapi entahlah, aku pun bukan mahir sangat bab-bab hernia ni. Mungkin ada hernia yang boleh berlaku kat budak umur 10 tahun. Kata bapak dia lagi, masalah ni da dekat sebulan dah. Masalah ni pula datang dengan tiba-tiba. Inilah yang buat aku terfikir-fikir pasal hernia apa yang patient ni alami.
Walaubagaimanapun, aku terus periksa tengok bahagian scrotal budak tu. Memang ada swelling kat situ. Herniakah? Aku fikir lagi. Namun, kali ini aku lebih tertumpu kepada masalah swelling ni. Apa yang menyebabkan swelling kat bahagian scrotum budak ni? Torsion? Erm..erm apa lagi eh. Memang aku lupa waktu itu, walaupun sebelum ni teori da banyak belajar.
Akhirnya ku buntu, tunggu sahajalah jawapan daripada doktor yang ajar kami. Dia tak bagi terus jawapan, tapi sebaliknya tanya semua student cause bagi swelling budak ni. Nasib baik ada seorang antara kami mampu menjawab dengan tepat. Congenital hydrocele. Doktor setuju dengan jawapan tu lalu tanya lagi, apa itu hydrocele. Aku buntu lagi.
Doktor bagi masa untuk kami revise selama beberapa minit sebelum kembali berbincang. Masa yang diberikan digunakan sebaiknya lah.
Rupa-rupanya hydrocele ni accumulation of fuild dalam tunica vaginalis. Tunica vaginalis ni salah satu struktur kat bahagian scrotum tu. Dah kalau ada accumulation fluid memang akan mengakibatkan swelling la bahagian scrotum tu. Persoalannya, bagaimana pula fuild ni boleh terkumpul?
Dalam kes patient ni, ia merupakan congenital hydrocele. Fluid dalam tunica vaginalis tu datang direct daripada peritoneal cavity. Secara embryologynya, dulunya ada direct communication antara peritoneal cavity dengan tunica vaginalis ni. Normalnya, communication akan hilang bila kita membesar. Tapi kadang-kala dia boleh kekal communicate. Macam kes budak 10 tahun ni la. Tapi menariknya dalam kes ni, congenital hydrocele budak ni late manifestation. Maksudnya, awal-awal waktu kecil dulu takda pula signs dengan symptoms hydrocele kat budak ni. Bila da masuk umur 10 tahun ni tiba-tiba pula penyakit ni tunjukkan watak fizikalnya.
Treatment bagi kes ni kena buat surgery. Namanya ialah herniotomy. Kena masuk Operation Theatre lah. Tu je lah kut cerita harini.
Sunday, 5 October 2014
Niumonia (Pneumonia)
Pethojenesis:
Terdapat beberapa cara bagaimana bakteria dan kuman boleh menyebabkan jangkitan terhadap paru-paru seseorang. Antaranya ialah melalui pernafasan, saluran darah atau daripada pendedahan bakteria tersebut secara terus kepada paru-paru. Selalunya, niumonia disebabkan oleh bakteria gram positif seperti staphylococcus aureus, streptococcus, etc. Namun niumonia juga boleh disebabkan oleh bakteria yang bukan gram positif.
Ciri-ciri klinikal:
1. Demam
2. Sesak nafas
3. Sakit dada
Ciri-ciri klinikal ini bergantung kepada keadaan niumonia yang dialami. Kalau sudah teruk sudah tentu simptoms-simptomsnya teruk. Secara amnya, ketiga simptoms diatas merupakan simptoms yang selalu dialami oleh pesakit.
Uji-kaji makmal:
Uji-kaji makmal perlu dilakukan untuk mengenalpasti organisma mana yang bertanggungjawab memberi masalah penyakit niumonia ini. Selalunya, darah pesakit akan diambil. Mengenalpasti organisma tersebut penting untuk menentukan rawatan yang perlu dibagikan kepada pesakit.
Lain-lain kajian yang akan dilakukan ialah X-ray dada. X-ray dada dilakukan untuk melihat kawasan paru-paru yang mungkin telah dirosakkan oleh bakteria-bakteria tersebut.
Rawatan:
Rawatan bergantung kepada jenis organisma yang bertanggungjawab memberi masalah niumonia ini. Selalunya kita memberi antibiotik umum yang bertindak kepada bakteria gram positif terlebih dahulu. Apabila sudah mendapat laporan makmal mengenai organisma yang menjangkiti paru-paru pesakit tersebut barulah kita menukar jenis antibiotik berdasarkan laporan makmal itu.
Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.
Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...
-
Penulisan bidang perubatan dalam bahasa Melayu saya perhatikan tidak banyak ada di pasaran. Kalau ada pun karya-karya penulisan perubatan t...
-
Suatu hari semasa saya seorang medical MO yang menerima rujukan kes daripada jabatan kecemasan. Saya ada menerima satu rujukan kes. Pesakit ...