Tuesday 26 August 2014

Tahun keempat ijazah perubatan.

Bermula dari September hadapan, aku akan memasuki tahun keempat ijazah perubatan. Berdasarkan jadual yang dibagi, posting pertamaku adalah di bahagian pediatriks. Namun, jadual ini mungkin juga akan diubah atas-atas sebab teknikal. Tak kisahlah di jabatan mana aku kena buat posting untuk September ini, kerana lama-kelamaan posting bahagian di jabatan lain kena juga ku hadapi. Yang aku kisah sekarang ini adalah apa yang hendak lakukan di samping-samping mengaji pada tahun keempat ini.

Jadi, apakah yang aku harapkan sempena tahun keempat ijazah ini? Tak banyak. Pertama, aku kalau mampu mahu menulis dengan lebih banyak rencana-rencana perubatan sesuai dengan apa yang sedang aku belajar. Rencana yang ku mahu tulis, aku akan cuba terjemahkan kepada bahasa Melayu walaupun aku sendiri tidaklah pandai dalam bidang penulisan bahasa Melayu ini. Namun, ku harap dengan menulis rencana-rencana tersebut jugalah ku mampu jadikannya sebagai sumber motivasi dalam pelajaranku, sebagai nota-nota semasaku dan juga sebagai alat perkongsian ilmu perubatan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini. 

Kedua, aku mahu lakukan sesuatu yang di luar bidang perubatan ku pelajari. Sesuatu yang aku fikir akan menjadikan hidup aku lebih warna di masa hadapan. Di sini, aku hanya mampu memikirkan untuk memfokuskan kemahiran fotografi. Kini, aku sudah pun mempunyai satu lens tambahan dan juga external flash, memadai untuk ku menghasilkan sebuah album landscape atau pun potrait jika ada kesempatan waktu. 

Akhir sekali, aku juga mahu lakukan apa yang ku gagal lakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Iaitu membentuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Tengok badan sendiri, tak adalah banyak otot-otot yang timbul melainkan lapisan-lapisan lemak yang semakin menebal. Ini bahaya. Kalau aku tidak menghiraukan keadaaan ini, maka petandanya aku mungkin akan menghidapi penyakit-peyakit kronik pabila berumur 30 tahun ke atas. Kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya. Maka, apa yang akan aku lakukan adalah kembali melakukan larian di atas treadmill dan sedikit angkat alat-alatan pemberat. Bermain badminton mungkin ku kurangkan sedikit. Tapi ini hanyalah rancangan kesihatan diriku, tidak tahulah kalau aku mampu laksanakan atau tidak. Harap-harap menjadilah. Demi kesihatan tubuh badan.

Tiga ini sudah cukup. Pastikan diriku ku tekal melakukan semua ini. Itu sahaja. Berkenaan tuntutan asas pengajian ijazah tak perlulah ku tulis di sini kerana ianya telah pun menjadi rutin harian. Yang ditulis di atas ini adalah objektif sampingan yang ku mahu lakukan sewaktu pengajian tahun keempat ini. Sekadar mengisi masa lapang.   

Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.

  Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...