Saturday 6 September 2014

Maksud Acute dan chronic. (Akut dan kronik)

Penulisan bidang perubatan dalam bahasa Melayu saya perhatikan tidak banyak ada di pasaran. Kalau ada pun karya-karya penulisan perubatan tersebut sukar difahami oleh orang awam kerana banyak istilah-istilah teknikal dan penggunaan bahasa asing secara membuta-tuli. Saya sendiri masih terkial-kial bagaimana mahu menulis tentang perubatan yang saya sedang belajar ke dalam bahasa Melayu. Mencari perkataan Melayu yang sesuai dengan maksud dan konteks daripada bahasa Inggeris sukar. Salah satu sebab kerana tiada kamus rujukan yang sesuai dan bahan-bahan bantuan untuk penulisan sebegini. Maka, disebabkan saya masih lagi bergelar pelajar perubatan dan tidak mempunyai rangkaian ilmu yang luas, saya telah menetapkan hasrat untuk menterjemaah bahasa asing ini mengikut cita-rasa saya sendiri. Terjemaah dahulu melalui cara ini, dan sunting semula apa yang telah ditulis di masa hadapan sekiranya ada penambah baik yang perlu dilakukan.

Jadi, dua perkataan yang ingin saya terjemaahkan hari ini ialah acute dan chronic. Kedua-dua perkataan ini penting untuk digunakan dalam memutuskan sesuatu diagnosis penyakit. Hasil kajian saya, acute diterjemahkan kepada akut dan chronic pula diterjemahkan kepada kronik didalam bahasa Melayu. Namun begitu, saya masih belum berpuas hati dengan terjemaah ini. Hal ini disebabkan terjemaah ini dilakukan berdasarkan bunyi sebutan dan bukan maknanya. Saya berpendapat bahawa lebih sesuai acute diterjemahkan sebagai singkat atau jangka masa yang pendek manakala chronic pula diterjemahkan sebagai berpanjangan atau memakan jangka masa yang panjang.

Dalam perubatan, perkataan acute selalunya digunakan untuk merujuk kepada sesuatu penyakit yang berlaku dalam tempoh kurang 2 minggu. Umumnya begitu. Contoh, acute tonsilitis yang merujuk kepada keradangan yang berlaku terhadap tonsil dalam tempoh yang singkat, kurang dari 2 minggu. Mungkin satu, dua, tiga hari. Pada masa yang sama chronic merujuk kepada sesuatu penyakit yang berlaku dalam tempoh lebih daripada 2 minggu. Contoh, chronic depression yang merujuk kepada penyakit kemurungan yang berpanjangan.

Dulu sebelum bergelar seorang pelajar perubatan, saya salah faham sedikit. Saya ingat kronik itu maksudnya teruk dan sukar dirawat. Tapi sekarang terbukti pemahaman saya yang dulu adalah salah. Kronik tak semestinya sukar dirawat. Contoh, ambil sahaja penyakit asthma. Asthma boleh menjadi satu penyakit kronik tetapi tidaklah sukar dirawat sekiranya langkah-langkah pengawalan awal tertentu diberi perhatian.

Walaubagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan yang saya akan menggunakan istilah terjemaah Melayu yang sedia ada kerana saya sendiri masih belum menghasilkan karya-karya sendiri. Saya perlu tulis dahulu, dan tengok bagaimana nanti. Di sini, saya tulis maksudnya dulu agar senang bagi saya menulis di masa hadapan dan juga kepada pembaca untuk memahami apa yang bakal ditulis saya nanti.

3 comments:

  1. Bagaimana dgn chronic endometritis ..bole bg pencerahan... Sya x mengalami tanda2 yg d sbutkn.. Tp ada satu blogger maybe Dr.baru saya. tahu sakit blkg yg sa alami slama ni adalah tanda utk endometritis..saya hanya tahu Sbb yg saya alami sndri adalah prolonged menses Dan kdg2 menorhargia ...dr biopsy pipple sampling br sa tau yg sa ada chronic endometritis . Masa follow up dgn doktor.. Dorg xda terangkn dgn lbh lnjut ttg perkara ni..saya defauler TCA Lbh 3thun.. Yg sdihnya blm dpt zuriat sndri..Sbb pnh 1x abortion di awal perkahwinan 2010

    ReplyDelete
  2. Semoga Tuan meneruskan dengan usaha usaha menterjemahkan istilah perubatan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Ia sangat membantu orang awam seperti saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Tuan, semoga terus maju jaya,

    ReplyDelete

Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.

  Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...