- Baca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan isi kandungan kursus pediatrik sebaik-baiknya di awal permulaan kursus.
- Kenal-pasti perkara-perkara yang akan dinilai sepanjang kursus dan bagaimana penilaian-penilaian ini dilakukan.
- Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk berjumpa dengan anak-anak dan ibubapanya, ambil sejarah dan lakukan pemeriksaan fizikal sekerap yang mampu.
- Hadiri semua seminar dan bengkel yang disediakan oleh kursus, kerana kebanyakan seminar dan bengkel ini akan banyak membincangkan isi-isi pelajaran penting bagi kursus pediatrik.
- Apabila menjumpai seorang anak yang mempunyai keadaan sakit tertentu, maka bacalah bab-bab berkaitan dengan keadaan tersebut yang ada di dalam buku pediatriks, dan fikirkanlah diagnosis-diagnosis yang bertepatan dengan keadaan pesakit tersebut.
- Layarilah video-video mengenai pemeriksaan fizikal dari satu bahagian badan ke lain bahagian di mana-mana laman sesawang dan seterusnya melakukan latihan amali terhadap pesakit pediatriks.
- Selesaikan ujian-ujian (assessments) kursus seawal yang mungkin, dan jangan tangguhkan sehingga di akhir kursus.
- Lakukan soalan-soalan latihan untuk pemeriksaan (MCQ,SEQ) dan baca topik kepada kesalahan yang dilakukan.
- Selalu berlatih melakukan senario-senario OSCE bersama rakan sekursus dan bagi maklumbalas kepada sesama sendiri terhadap latihan yang dilakukan.
Tuesday, 9 September 2014
Petua-petua untuk berjaya dalam menghadapi penilaian dan pemeriksaan kursus pediatriks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.
Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...

-
Penulisan bidang perubatan dalam bahasa Melayu saya perhatikan tidak banyak ada di pasaran. Kalau ada pun karya-karya penulisan perubatan t...
-
Ini adalah asas. Memahami asas ini tidaklah mengambil masa yang panjang jika anda baru sahaja menceburi bidang fotografi tetapi mempunyai m...
No comments:
Post a Comment