Thursday 18 June 2015

Labour duty.

Empat tahun belajar di India. Minggu inilah yang aku rasa ada kelainan dalam belajar medik. Selama ini penggalaman klinikal terhad kepada belajar history taking, simptom dan klinikal signs. Kerja-kerja seperti memasang ECG, pasang catheter, ambil darah jarang sekali dapat peluang untuk buat.

Labour duty. Walaupun hanya baru beberapa hari menjalankan tugas di labour room, sudah banyak memberi exposure kepada kerja-kerja dalam wad.

Ambil darah memang telah jadi satu kebiasaan di labour room. Pasang IV line setakat ini masih belum buat. Selalunya nurse atau student nurse yang buat. Boleh sahaja kita medik student nak buat, tapi kat India ni kerja² memasang IV lines dan letak saline merupakan kerja nurse. Di labour room inilah pertama kali aku mengambil darah orang. Seronok juga dapat cucuk orang ni, lagi-lagi bila sekali cuba da berjaya. Penggalaman satu kali cucuk orang ni penting untuk memberi kenyakinan kepada diri sendiri.

Selain dari mengambil darah, kerja yang selalu kena buat dalam labour room ialah memasang mesin nst kat perut patient. Nst nama penuhnya non-stress test. Mesin ini akan memberi bacaan fetal heart sound dan uterine contraction. Penting untuk monitor keadaan bayi. Sambil-sambil pasang nst ni kita selalu jer ambil peluang untuk buat semua grip yang selalu kita buat untuk examine perempuan mengandung.

Yang paling menarik sepanjang labour duty ni adalah menjahit kulit pesakit selepas mereka melahirkan anak (episiotomi repair). Di sinilah saya betul-betul belajar bagaimana nak menjahit luka. Belajar secara amali lebih mudah ingat berbanding belajar teori. Sebelum ini pernah diajar teknik jahitan sewaktu tahun kedua dan tahun ketiga tapi cepat je lupa. Jadi, dari sinilah aku betul ingat² yang kulit ni kita guna matress suture. First time buat jahitan aritu lambat juga nak siapkan satu jahitan sebab kurang penggalaman. Jahitan yang akhir tu berkemungkinan bius yang dikenakan pada kulit pesakit mungkin da habis. Sebabnya, pesakit tu nampak macam sakit sangat waktu kena jahitan last tu. Lepas da habis siap jahitan, balik bilik baru terfikir balik pasal bius tu...terus rasa bersalah. Lagi satu pasal jahitan ni, kita kena mahir dengan ikatan jahitan. Tersalah ikat boleh buat jahitan tu terbuka balik. Bila jahitan terbuka, luka akan terbuka balik dan macam² lah komplikasi yang tidak diingini mungkin akan berlaku kepada patient. PG yang bekerja kat labour room tu ada juga offer untuk jahit perennial muscle tapi aku tak pandai amali dan teori jahitan untuk muscle. Teorinya da lupa. Kalau posting kat labour room lebih dari seminggu besar kemungkinan boleh buat total episiotomi repair. Jahit daripada awal, mucosal layer sampailah skin. 

Lain-lain kerja? Conduct normal delivery tak sempat nak buat. Ada student lain yang pernah buat. Pasang catheter selalu juga kena suruh buat, tapi tak suka sangat pasang catheter ni. Selalu salah masuk lubang. Lagipun, tak suka sangat nak retract kemaluan orang nak beranak ni. Kenapa? Labia majora dengan labia minora selalunya licin untuk diretractkan. Pasang catheter kat orang betul tak sama dengan pasang catheter kat mannequins dalam skill labs. Mannequins senang sangat.

Secara ringkas, berikut merupakan kerja-kerja yang kena buat semasa berada di labour room.

1. Pasang mesin NST. Kerja wajib dan terlampau kerap dilakukan sampai diri ni pun bosan dengan kerja memasang NST.
2. Ambil darah, hantar makmal dan dapatkan results. Ambil darah seronok, yang tak seronoknya kena jumpa attender pesakit minta diorang bayar bil dan hantar 
3. Prepare concentrated dengan diluted oxytocin (maaf tak cerita pasal ni kat atas). Pecahkan vial, isikan dalam stronger, simpan dalam peti.
4. Catheter.
5. Jahit luka episiotomi kat kulit. Kalau mahir, boleh jahit banyak lagi.
6. Conduct normal vaginal delivery. Kalau rajin tunggu lat labour room dan aggressive approach doktor minta nak buat delivery dapat la.
7. Cucuk oxytocin kat patient. Concentrated intramuscularly kat gluteal region. Diluted infused ke dalam NS.
8. Fast load epidosine+drotin.
9. Pasang iv line.

(Penulisan ini ditulis semasa waktu lapang dan tidak ditulis diolah dengan serius. Penulisan ini ditulis sekadar mengisi masa lapang dan sebagai hobi sahaja. Sebarang kesalahan dan kerosakan tatabahasa serta penggunaan kata dan ayat tidak diteliti dengan betul.)

Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.

  Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...