Monday 28 December 2015

Niyumonia. #2

Dulu pernah tulis pasal niyumonia. Apa yang ditulis tak tahu la. Dah lama tak menaip kat sini. Tapi sekarang bateri laptop da baiki, da tak perlu pakai wayar da nak ke hulu dan ke hilir. Senang la nak buat kerja. Harap-harap makin aktif kembali la menulis kat sini.

Kembali ke tajuk kali ini. Niyumonia. Hari ini saya ada belajar lagi pasal niyumonia. Saya telah membentangkan sedikit pengenalan niyumonia dan juga jumpaan klasik niyumonia dalam paparan filem sinaran-X dada sewaktu kelas radioloji petang tadi. Sekarang tengah posting blok perubatan, dan dalam blok ni ada diselitkan juga kelas radioloji.

Pengenalan niyumonia. Berikut adalah apa yang saya bentangkan petang tadi.

Maksud niyumonia? Niyumonia ni secara ringkasnya merupakan jangkitan pada paru-paru. Paru-paru ni pula secara anatominya boleh dibahagikan kepada struktur-struktur kecil. Tengok gambar kat bawah ni:


Udara masuk dari mulut/hidung pastu akan pergi la kat saluran pernafasan. Kat atas tu yang mula-mula nama dia trakhia (trachea), trakia ni akan pecah kepada dua cabang, bronkus utama kiri dan bronkus utam kanan (left and right main bronchus). Pastu kedua-dua bronkus utama ni akan pecah lagi bagi cabang dan seterusnya bercabang-cabang la saluran udara dalam paru-paru ni. (Perasan tak kalau kita tengok cabang-cabang saluran pernafasan ni nampak macam batang pokok jika kita terbalikkan gambar paru-paru kat atas ni?) Makin jauh ke dalam makin kecil la daimeter saluran pernafasannya. Sampailah ke satu tempat yang dinamakan alveolai (alveoli). Alveolai ni merupakan satu tempat yang berlakunya pertukaran udara yang disedut dari hidung tadi dengan udara yang berada dalam saluran darah kita. Begitulah sedikit ringkasan anatomi paru-paru.

Jadi apakah kaitan anatomi paru-paru ini dengan niyumonia yang dibentangkan dalam kelas radioloji petang tadi? Kaitannya begini. Sesetengah organisma (bektiria, vairus, etc) akan menyerang ke struktur-struktur tertentu. Mungkin di bronkus, atau mungkin di alveolai. Saya hanya bentangkan sesebahagian tajuk niyumonia je tadi, jadi tak boleh la nak terangkan setiap organisma niyumonia bersama jumpaan klasik filem sinaran-X kat sini.

Niyumonia ni kita boleh beberapa jenis. Ada dua cara selalu digunapakai.
  1. Punca dari mana pesakit terkena niyumonia ni.
    1. Niyumonia berpunca daripada komuniti (Community acquired pneumonia)
    2. Niyumonia berpunca daripada hospital (Hospital acquired pneumonia/ Nosocomial pneumonia)
  2. Berdasarkan kepada jenis organisma yang menyebabkan niyumonia.
    1. Bektiria gram positif
      1. Streptococcus pneumoniae
      2. Staphylococcus aureus 
    2. Bektiria gram negatif
    3. Bektiria lain-lain
Petang tadi kumpulan kami mengambil cara penjenisan niyumonia berdasarkan organisma yang menyebabkan niyumonia. Tajuk saya niyumonia bektiria gram positif. Saya bentangkan dua bektiria gram positif sahaja. Pendek. Sekejap je. Tak panjang.

Dua bektiria gram positif tersebut ialah Streptococcus pneumoniae dengan Staphlococcus aureus. Dalam niyumonia berpunca daripada komuniti, organisma yang selalu menyebabkan niyumonia ni adalah Streptococcus pneumoniae. Lebih daripada 50% daripada kes niyumonia berpunca daripada komuniti juga la Strep. pneumoniae ni bagi penangan. Jadi, apa jumpaan klasik yang kita akan nampak kat filem sinaran-X dada tu? Mari tengok.
  1. Konsolidesyen alveolai yang bermula di saluran pernafasan hujung-hujung. (Radiographic consolidation of the alveoli begins in the peripheral airspaces). 
  2. Niyumonia ni selalunya didapati menyerang pada tahap lob (lobes) atau segmen (segment). Apa itu lobes dan segmen? Pergi google. Lupa pula nak terang kat bahagian anatomi kat atas tadi. Maaf.
  3. Jumpaan klasik filem sinaran-X paling jelas untuk Strep. Pneumonia ni ialah pleural effusion. Sebabnya bektiria ni juga akan menyerang pluera. 

Da tengok gambar?

Yang warna putih-putih sebelah kanan gambar ni tu namanya konsolidesyen. Konsolidesyen merujuk kepada alveolai yang diisi dengan cecair yang disebabkan jangkitan Streptococcus tu tadi la. Yang warna hitam kat paru-paru yang lain tu disebabkan udara biasa. Normal la kalau filem paru-paru tu hitam cantik je. Sihat. Gambar filem sinaran-X dada kat sini menunjukkan yang ada niyumonia pada lob bawah kiri. (left lower lobe pneumonia with pleural effusion)

Ni je la sedikit sebanyak pasal niyumonia yang disebabkan jangkita Streptococcus Pneumoniae. Seterusnya bektiria gram positif Staphylococcus aureus.

.........
..........
Nanti la update balik. Ngantuk nak tidur. Harap-harap ada masa, ada semangat, nak sambung tulis. Da banyak sangat ni main tulis tapi tak habis. Projek terbengkalai lagi. Duhai.


Zharif Sufyaan
28th December 2015.
Jam 11.45 malam.

Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.

  Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...