Tuesday 15 September 2015

Untuk junior USM-KLE. Draf kamus bahasa tempatan.

Saya mula belajar bahasa tempatan sewaktu saya tahun kedua perubatan. Waktu itu, mencari sumber bacaan untuk menambahkan glosari-glosari bahasa tempatan sangat sukar bagi seorang Melayu seperti saya. Saya mulakan pelajaran saya daripada perkara yang sangat asas; mengenali huruf-huruf bahasa Kanada dan Hindi. Lama juga nak hafal semua huruf-huruf tersebut. Bila da kenal huruf saya belajar membaca dan tatabahasa mereka. Sekarang sudah senang nak mengenal yang mana kata nama, kata kerja dan lain-lain jenis kata dalam sesuatu ayat.

Dalam mempelajari bahasa tempatan di Belgaum ini, saya ada juga angan-angan untuk menghasilkan karya penulisan sendiri untuk memudahkan mereka yang mempunyai Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mempelajari bahasa tempatan di sini. Setakat ini, saya ada banyak membuat terjemahan tranliterasi artikel-artikel tempatan seperti artikel-artikel perubatan. Namun, kebanyakannya hanyalah menjadi draf-draf yang bertebaran di atas meja tulis dan di dalam folder-folder komputer sahaja, tidak cukup olahan untuk dikongsi di internet.

Di sini, saya ingin kongsikan draf kamus saya kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari bahasa Hindi dan Kannada. Ini draf saya yang kedua. Tak banyak kata. Kalau minat nak tolong baiki kamus ni, sila lah update kamus ini dengan kata-kata baharu.

Tips:
1. Saya selalunya guna apps/software google translate untuk terjemahan transliterasi dan update kamus ni, tapi taklah sampai copy paste kata daripada google translate membuta tuli. Kena faham maksud sesuatu kata berdasarkan konteks ayat dahulu barulah update kamus ini.
2. Install google sheets apps kat fon pintar bagi memudahkan kerja mengemaskini kamus ini di bila-bila masa. 

Link:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1h2mKCx7LEBrVfV2K8qjwUtv7UHf7wH90NDscdsXMbVE/edit#gid=506665378

No comments:

Post a Comment

Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.

  Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...