Tuesday 20 January 2015

Jangkitan kuman pada tulang.

Peperiksaan klinikal orthopedics selamat dijalani pada minggu lepas. Dengan berakhirnya peperiksaan ini maka berakhirlah posting orthopedics. Orthopedics merupakan salah satu posting yang sangat menarik bagi saya kerana perwatakan yang dimiliki oleh tenaga pengajar di sini. Entri kali ini, saya ingin berkongsi kisah penyakit yang dialami oleh pesakit saya waktu peperiksaan klinikal ini. (Untuk melindungi data peribadi pesakit, saya akan mengolah sedikit info sebenar tapi tidak akan mengubah fakta sains berkenaan penyakit yang dialami oleh pesakit)

Pesakit merupakan seorang remaja lelaki. Masih bersekolah. Umur dalam 14 tahun camtu.

Dia datang ke hospital dengan chief complain sakit di right upper arm. Sakit ni tak datang dengan tiba-tiba. Takda sejarah trauma pun. Takda jatuh, takda eksiden, takda patah tulang. Sakit ni datang slow-slow. Mula-mula sikit je sakitnya tapi sekarang sakit ni dah jadi teruk sampai dia tak mampu nak gerakkan lengan kanannya.

Cara saya nak approach patient ni cam biasalah, tanya sejarah sakit dia. Tanya bila start sakit, waktu bila sakit tu selalu ada dan sebagainya. Da tanya semua kita examine pula. Tengok skin dia kat bahagian sakit tu. Suruh dia gerakkan bahu, tengok bahu mobility dia.

Masa peperiksaan klinikal, patient da kena operate. Tapi masa awal-awal patient kena admit masuk hospital ni patient tak dapat gerak bahunya. Gerakan kat bahu ada beberapa jenis. Patient tak dapat gerak semuanya.

Masa tanya sejarah sakit ni, patient ada bagi tahu yang dia ada demam sekali. 2 tahun dengan 5 tahun lepas dia kena typhoid fever. Beberapa minggu sebelum dia sakit kat lengan tangan tu dia ada juga kena dengue fever. Demam yang dia ada waktu sakit tangan ni mungkin ada kaitan dengan demam yang dia ada sebelum ni dan mungkin juga disebabkan demam yang tiada kaitan langsung. Demam umumnya merupakan tanda terdapat sesuatu jangkitan pada badan.

Jangkitan dekat lengan dia ni, jangkitan yang baru ke atau yang da lama? Besar kemungkinan jangkitan lama yang sudah ada pada badan.

Apa-apa pun, sakit di lengannya perlu perhatian perubatan dan rawatan segera. Kalau tidak, keadaan mungkin menjadi lebih teruk.

Habis tanya pasal sejarah sakit dan buat pemeriksaan fizikal semua ke atas patient. Sekarang kena pula presents kat examiner kes patient ni. Present la dari awal. Siapa pesakit ni, apa masalah dia, awal-awal sakit ni camne dan sebagainya. Habis present examiner tanya, 'what is your diagnosis for this patient?'

Secara klinikal, saya jawab la osteomyelitis (jangkitan pada tulang), dan septic arthritis. Soft tissue infection tak boleh bagi sebab takde pula luka atau merah-merah kat kulit tu. Tumour tulang tak boleh bagi juga sebab ada demam.

Soalan lanjutnya examiner tanya bagaimana nak confirm diagnosis tu. Maksudnya, investigations apa nak dibuat. Saya jawab je yang basic cam blood profile, esr etc. Pastu jawab nak buat x-ray bahagian kat sakit tu. Examiner pun bagi la gambar x-ray, suruh terangkan findings. Tak susah pun. Jelas nampak satu bulatan kat tulang humerus tu. Bulatan ni tak sepatutnya ada kat situ. Soal-jawab soal-jawab akhirnya pun habis.

Penyakit jangkitan tulang ni boleh membawa komplikasi yang lebih teruk kalau tidak dirawat. Komplikasi boleh dibahagikan kepada komplikasi lokal dan komplikasi sistemik atau berdasarkan jangka masa, komplikasi awal dan komplikasi lambat. Antara komplikasi-komplikasi yang boleh berlaku adalah patah tulang, lengan kiri dengan lengan kanan tak sama panjang, kecacatan rupa lengan, dan sepsis.

2 comments:

  1. Assalam. Saya alami bengkak di tulang kiri yg timbul yg diatas dada bahagian kiri. Bengkak itu menyebabkan sy sukar utk bangun dan bergerak. Bahu sebelah kiri saya pom sakit bila digerakkan. Saya alami deman pns 3 kali dlm seminggu slps bengkak itu timbul. Sy pergi ke hospital doktor ckp tulang saya dijangkiti kuman di bahagian tersebut dan bg ubat antibiotic. Tp dh dkt seminggu sy mkn ubat antibiotic, sakit masih sama walaupom kesan bengkak dh surut. Yg saya risaukan takut kanser tulang sbb sy ada terbaca di Wikipedia simpton simpton kansel tulang hampir sama dgn apa yg sy alami.

    ReplyDelete

Dipatuk ular Calliophis Intestinalis.

  Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu rujukan kes patukan ular. Kes patukan ular ini dirujuk daripada unit jabatan kecemasan kepada ...